Thursday, June 9, 2011

Kisah Federik: Episod 7

skrriiiiittcchhhh.... bunyi geseran kasut Federik bergesel dengan koridor kelas yang diperbuat dari simen kasar, seraya dia membuat pusingan 389 darjah berpusing habis mengalih laluannya. Dari ke hadapan menuju ke bilik klinik gigi (sebelum perlu membuat korner ke pintu besar sekolah), Federik menukar ke belakang menuju tandas puaka sekolah kebanggaannya.

Sambill berjalan yang agak laju-laju kerana semangat ke tandasnya makin menebal, di dalam kepala dan telinganya berderap-derap lagu intro babak filem Manis-manis Sayang - di mana Badol sedang cuba membuka pintu pejabat bilik G.M a.k.a Bahadom lakonan Hussein Abu Hassan. Muzik background ala Mexico ini meningkatkan lagi kecekalan Federik merempuh pelajar-pelajar lain yang sah-sah tidak sehaluan dengannya dek kerana dia berjalan menentang arus. Ada yang jatuh ke longkang disikunya, ada yang berbuih mulut meleleh ke telinga terbaring dilempangnya, dan tak kurang ada yang terpaksa bergayut di alang bumbung susur gajah mengelakkan tendangan-tendangan maut Federik. Semangat nak kencing Federik memang mengundang kekalutan pada petang itu. Bagai medan perang saudara jadinya. Politik Malaysia yang pada tahun itu (awal 90an) yang masih tenang memang menjadikan pelajar-pelajr lain tidak biasa dengan situasi sebegini.

Usai melepasi rempuhan-rempuhan tadi, Federik terus melompat menaiki 5 anak tangga sekali gus bagi meneruskan perjalanannya ke tandas. Koridor kelas tadi berubah bentuk muka buminya apabila sampai di penghujung kelas. Sebab tu ada tangga. Kurang 20 meter sahaja lagi perjalanan Federik ke tandas, melewati tapak gelanggang takraw yang rata-rata pelajar menjadikan ia gelanggang permainan *ulong.

Kluk klak.. Federik menukar gear pecutan kakinya.. "tak boleh tahan dah ni..."

bersambung



*ulong = galah panjang

p/s: masa ni anwar dah mula slow-slow lawan ghafar

0 comments: