Senada dengan bunyi lantunan loceng sekolah tadi, Federik pun mula la mengemas-ngemas buku-buku teksnya. Buku teks Federik sendiri punya, bukan pinjaman. Mak, Abah kerja gomen. Memang tak lepas la nak buat pinjaman. Buku-buku teks ni dia ikat rapi, kemas guna pengikat buku warna-warni (KLIK SINI untuk gambaran). Cikgu Maznahambikko pun dah pegi balik ke meja dia kemas-kemas. Ni cerita zaman kapur - papan hitam. Cikgu Maznahambikko pun kena la kepuk2 sikit tangan, kibas sikit baju yang kena kapur. Nak jumpa papan putih tulis pakai marker pun, dalam bilik guru besar je zaman ni.
Marcus Angus Husni Kalimalai selaku ketua darjah, memula langkah. "Banguuuuuuun...."
"Te..ri...maaa... kaaa...siiihhhh....ciiiikk....guuu". Cikgu Maznahambikko mengangguk sekali tanda menerima. Mungkin perkataan "sama-sama" di kabarnya dalam hati sahaja.
Berduyun-duyun la keluar pelajar kelas petang tu. Termasuk Federik..
"alamak, nak terkencing la pulak..."
bersambung...

p/s: waaaaa......
0 comments:
Post a Comment