"hah! apadia Varkish Memusapia Rencing?" soal kembali Federik kepada rakannya sebagai simbol menjawab panggillan rakannya tadi. Adapun dek kerana terlalu panjang nama rakannya tadi, kawan-kawan di sekolah mereka hanya memanggil Varkish Memusapia Rencing dengan nama "Ren" sahaja.
"hoh, you panggil nama I guna nama panjang ah? baguih-baguih" jawab Ren bangga.
"ya laa.. you kacau I makan la, sebab tu I panggil nama panjang you, tanda protes. Haa? ada apa, jerit-jerit?" sambung Federik lagi.
"tada apa la, saja mau jalan sama.." balas Ren lagi sambil jarinya mengorek-ngorek kesan tanah di celah loceng basikalnya.
"lah? dah ada basikal pon nak tolak jalan sama-sama I ka?" reply Federik serius dan penuh tanda tanya.
"saja la. tadi ingat nak pow you punya Super Ring sikit, sekali you sudah telan semua. So ajak teman jalan saja la" sambung Ren sinis.
"alaaa Ren, I tak sengaja la. I terkejut you panggil tadi, tu yang I telan semua" cover Federik baik punya.
"takpa, takpa. Tada hal" balas Ren kelat.
"eh, Ren. tapi depan tu (lagi 8.761 meter dari tapak mereka berdiri) you dah nak turn right kat simpang tu. macam mana nak jalan sama??" soal Federik penuh buntu lagi.
"eh, betul juga tu Federik! sorry la, I continue naik basikal dulu la. You jalan sorang-sorang la" sambil Ren terus naik semula basikal lalu memecut dengan kelajuan 240km sejam. Jalan raya terus menjadi berasap dan mengeluarkan bau hangit.
"fuh, lajunya Ren. Gila betol" Federik kagum
Dalam hati Federik dia bergetus. "cis, dia memang niat nak pow aku la tu. nasib baik aku lebih cekap. Tak bole pakai punya Ren".
Federik meneruskan perjalanannya. Sambil tu dia mengangkat buku yang diikat kemas dengan tali pengikat buku warna-warni yang ada di tangannya. Lalu dicium.
"cis, hancing lagi buku ni!!!"
bersambung

p/s: entry sudah mula disulami unsur-unsur khayalan...
2 comments:
we bro cite khayalan camane ni? hehehe..
hehe. secara dasar jalan cerita adalah dari pengkisahan 'kisah benar'. tetapi ditokok tambah dgn sub-sub plot yg berunsur khayalan dan di luar logik akal.. hehehe
Post a Comment