Giliran Federik tiba. Dengan sedikit berjengket (kerana tidak sampai) Federik meninjau bekas air besar di depannya. Federik kaget.
"makcik, air jagung mana?"
"hari ni takdak la Federik, kordial kat kedai Pak Pa tadi habis. Ni air oren ada la. Nak?"
"air oren?????????? Kat umah saya pon ada..."
Air mata Federik bergenang. Bukan sebab sedih, atau nak menangis. Tapi sebab tahan geram. Dalam hati Federik bergetus "we didn't call you Makcik Jagung for nothing!" Bukan 10 minit, bukan setengah jam, tapi dah 3 jam Federik mengidam. Dari pkol 3 tadi semasa sedang belajar English dengan Miss Ong lagi Federik dah terkenang air jagung. Cisss, cis dan cisss! Federik geram!
"makcik, bagi saya Super Ring 2. Tapi saya ada 3 kupang ja. lagi sekupang, bila air jagung dah ada baru saya bayar"
Dengan wajah terkedu, Makcik Jagung, menurut sahaja mahu Federik. Dia faham barangkali perasaan Federik. Dengan rakus, Federik mengambil 2 bungkus Super Ring yang dihulur Makcik Jagung. Dengan menahan geram, Federik meletak 3 kupang atas kaunter papan Makcik Jagung. Berbekal super power yang Federik ada, dia membuat pusingan 185 darjah membelakangi kedai Makcik Jagung, lalu Federik melangkah keluar dari perkarangan rumah Makcik Jagung. Belum 3 langkah, Federik terus membuka bungkusan Super Ring tadi. Bukan 1, tapi 2-2 sekaligus! Federik nekad memakan kedua-dua bungkus serentak dengan kedua-dua belah tangannya sekali. Federik makan, berjalan dan merengus dengan laju menuju jalan ke rumahnya. Tiba-tiba ada suara memanggil.. "Federik!...woi tunggu aku!"
bersambung...

*kerumun = berkumpul
0 comments:
Post a Comment