Dengan di dalam kepalanya masih tersenyum bangga memakai baju tempah khas di pekan, Federik terus berjalan keluar dari kawasan sekolah. Walau bertubuh munggil, Federik dah biasa hanya berjalan kaki pergi dan pulang dari sekolahnya. Jaraknya tidaklah jauh, dalam 7.08 minit perjalanan sahaja. Federik dah pernah mintak basikal pada abahnya, tapi abahnya jawab "nanti dulu, jalan kaki kan bagus - boleh exercise". Federik tak kisah, dia pun dah biasa hidup berdikari. Sebagai anak kepada ibu bapa yang bekerja keduanya, Federik seorang yang bijak menguruskan diri. Bukan meng'kurus'kan diri, tapi mengurus. Cuma tahun ini perjalanan ke sekolah lain sedikit. Sebab sekolah sesi petang, maka Federik terpaksa berjalan ke sekolah ketika matahari terpacak di atas kepala - jam 12.30 tengah hari. Sesi petang bermula jam 1.00. Biasanya Federik sampai awal untuk duduk-duduk bersembang dengan rakan-rakan lain. Terutamanya dari kelas yang berbeza, kerana bila sesi pembelajaran sudah bermula, Federik tiada masa lagi dengan mereka. Paling koman, Federik akan berborak pasal cerita
Power Ranggers yang di tonton semalam.
Power Ranggers mula jam 7 petang, time dah dekat-dekat nak maghrib. Mak Federik memang selalu hangin dengan waktu tanyangan ni. Tapi apa boleh buat, RTM bukan kita yang punya.
Perjalanan ke sekolah waktu tengah hari rembang ini memang selalu menyebabkan Federik merindui bunga seri pagi. Kalau dulu, tiap kali ke sekolah waktu subuh-subuh *sepi'e, Federik memang selalu layan tersenyum bila tengok bunga-bunga seri pagi yang mengembang sepanjang perjalanan ke sekolahnya. Warna ungu kebiruan itu memang Federik suka. Kadang-kadang Federik akan petik lalu disimpan dalam beg. Walau memang tidak ada fungsi langsung, tapi Federik bahagia. Bunga seri pagi memang
best, memang
in, memand
true. Tapi tahun ini sekolah sesi petang, tiada lagi kembang seri pagi, yang ada kemeriahan air jagung tersedap di dunia yang dijual di gerai di luar pintu pagar sekolah di kawasan rumah Makcik Jagung. Federik semangat. "Makcik Jagung, here i come"......
bersambung...
*subuh sepi'e = awal subuh
p/s:kumpulan wings memang best la
0 comments:
Post a Comment