Thursday, May 13, 2010

MABUK CINTA BUAT SANG ISTERI ~~~~

Sempena mabuk rindu tak keruanku ini (walaupun sekadar rindu sebab pegi kerja je pon..), aku hadiahkan lirik lagu terpuitis di dunia buat sang isteri tercinta.

Nukilan Allahyarham Rosli Khamis a.k.a Loloq, dan lagu ciptaan Sifu M.Nasir. Nyanyian asal oleh Wings dalam persembhan Double Trouble pertama di RTM tahun 1992... terimalah MABUK TUJUH LAUTAN

Demi nafas serta nyawa, yang berlegar di nyali
tak pernah ku naksir, kisikan namamu
Pabila kelodan melintasi langit kirmizi
aduhai... Ratu Kosmik, kau ku edan dan ku asyik...

Kurniakan pintaan tulus pelayar ini
Restukanlah,
kiranamu menyuluh laluan penuh karang
di balik gelora, sungguh aku tagih, karma keramatmu
kasihanlah...

Ku yang mabuk tujuh lautan
mendamba sempadan kabut dua rasa
tinggal membilang layang-layang
sejak hilang jejak hari dan minda...

Kurniakan... pintaan tulus fakirmu, restukanlah!
Ratu Kirana, anggunmu padaku yang sengsara
sungguh aku rindu, karma keramatmu
Kirana ku...


Kurniakan... pintaan tulus fakirmu,
restukanlah... kirana anggunmu padaku,
kurniakan... pintaan tulus pelayar ini,
restukanlah... kiranamu menyuluh laluan
yang penuh karang

aku rindu kiranaku, restukanlah...!



p/s: amy search + awie wings = aku. steady?

1 comments: